Kertas Cadangan Kompleks Kebajikan & Pendidikan Al-Rahmah Wal Barokah
PENDAHULUAN Rumah Amal Limpahan Kasih sedang mengusahakan pembinaan sebuah kompleks Kebajikan yang bakal menyediakan prasarana seperti: Surau, asrama tambahan, pusat sumber, ruang belajar, dewan serbaguna, kantin termasuk dewan makan dan dapur, bilik rawatan kesihatan, bengkel projek untuk ibu tunggal. Surau untuk memberi keselesaan beribadah kepada para penghuni di sini dan juga para tetamu yang datang berkunjung. Surau yang ada sekarang agak sempit dan tidak mampu menampung jika seluruh penghuni RALK yang kini berjumlah 75 orang termasuk kakitangannya ingin berjemaah serentak. Apatah lagi untuk menunaikan solat tarawikh di dalam bulan Ramadhan, kerana biasanya pada bulan yang mulia ini anak-anak yatim dan asnaf dari merata tempat sering berkumpul di RALK untuk majlis berbuka puasa di mana seramai lebih 200 orang yang ingin mendirikan solat terpaksa bergilir-gilir kerana ruang yang ada sekarang hanya boleh menampung 60 orang jemaah sahaja dalam satu masa. Selain dari surau, di lokasi yang sama juga asrama tambahan, akan dibina bagi menyelesaikan masalah penempatan para penghuni kami yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Asrama sedia ada yang sebelum ini adalah rumah sewa, sepatutnya didiami oleh 2 buah keluarga, kini mempunyai seramai 41 orang penghuni di dalamnya. Memandangkan suasana asrama agak sesak dan kurang selesa, maka keperluan untuk membina asrama tambahan sudah turut menjadi keutamaan yang sangat perlu disegerakan. Sebagai persediaan jangka panjang, asrama baru ini dijangka dapat menampung seramai 100 orang penghuni dalam satu masa. Di samping itu di RALK juga menjadi tempat berkumpul apabila adanya program-program yang melibatkan ahli-ahli Kelab Anak Yatim SeMalaysia yang kini jumlahnya adalah seramai 430 orang.
OBJEKTIF PEMBINAAN 1. Menyediakan tempat yang selesa untuk beribadat setiap hari di samping mampu menampung jumlah jemaah yang ramai apabila ada majlis atau apa-apa program dijalankan di RALK. 2. Menjalankan program-program ilmu untuk anak-anak yatim, saudara baru , golongan asnaf dan para tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat.Cadangan untuk mengadakan kelas tahfiz Al-Quran untuk anak-anak yatim yang terpilih. 3. Menjadi tempat untuk melaksanakan program-program motivasi dan khemah ibadah serta majlis-majlis yang bersesuaian, sebagai aktiviti tambahan RALK. 4. Memberi peluang kepada masyarakat dan mana-mana golongan, khususnya untuk menganjurkan program-program kebajikan agar menggunakan surau ini supaya dapat dimanfaatkan serta diimarahkan semaksimum mungkin. Garis panduan mesti diadakan dan diikuti seperti di bawah: 1. Merekabentuk bangunan yang dapat merangkumi pelbagai kegunaan di masa-masa akan datang. 2. Pembinaan bangunan itu mesti kukuh, bertahan lama dan kos penyelenggaraan yang rendah. 3. Bahan-bahan binaan yang akan digunakan mesti berkualiti dan mempunyai piawaian khusus. 4. Bahan-bahan berasakan kayu boleh digantikan dengan galvanised steel dari dimamah pemangsa dan mengurangkan kerosakkan. 5. Mengikuti syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor, Syabas, Indah Water dan Bomba. Maka untuk menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan dicadangkan hanya bahan bahan binaan berkualiti sahaja digunakan bagi pembinaan kompleks tersebut. Memang kosnya agak tinggi buat permulaan, tetapi rasional menggunakan bahan binaan yang berkualiti dan berjenama ialah untuk mengurangkan kos-kos penyelenggaraan di masa-masa akan datang. Kita dirikan kompleks ini bukan untuk berbangga dan bermegah tetapi kerana Allah swt, dan untuk manfaat umumkhususnya bagigolongan yang kurang bernasib baik serta yang memerlukan pembelaan. Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama menjayakan kompleks ini dengan harapan semata-mata ingin meraih keredhaan Allah swt.
CADANGAN BANGUNAN-BANGUNAN KOMPLEKS SURAU A. INFRASTRUKTUR 1. Retaining Walls ? Reinforced Concrete 2. Menambak Tanah 3. Paip Air 4. Paip Pembetungan Najis 5. Longkang B. BANGUNAN ( BILANGAN) 1. Bangunan Utama Surau 2. Tempat Wudhuk 10 kepala paip 5 lelaki 5 untuk perempuan 3. Garaj Kenderaan 1 4. Bilek Perpustakaan 1 5. Bilek Darjah 3 7. Dewan Serbaguna 1 8. Bilik Guru1 9. Bilek Setor 1 10. Dewan Makan 1 11. Bilik Dapur 1 12 Bilik Asrama 4 13. Tandas 10 pintu, 5 lelaki, 5 perempuan. 14 Tandas Orang Kurang Upaya 2 15. Bilik Mandi 2 16. Kolah bersaiz 5 x 8 kaki.
C. PAGAR & PINTU PAGAR 1. Pagar - Pintu hadapan binaan batu manakala di bahagian kelilingnya jenis "Plastic Coated Chain Link Fence" dengan kawat berduri di bahagian atas. 2. Pintu Pagar - besi yang di cat. D. KEMASAN 1. Dinding & Tiang -Bangunan Utama Surau - batu-bata berplaster disudahi dengan cat emulsion. 2. Lantai - Heavy Duty Non-Slip Tiles. 3. Bumbung - Roof Tiles. 4. Siling - Asbestos 4x 4 5. Pintu & Tingkap - Sliding Glass E. LAIN-LAIN 1. Kemudahan Untuk Orang Kurang Upaya. 2. Lanskap Taman. 3. Smoke Detectors & Fire Alarm System. (cadangan sahaja) 4. Lightning Arrestors Atas Bumbung 5. Pagar mengelilingi seluruh Kompleks. PERINGKAT PERLAKSANAAN Bagi Fasa 1: Mendapatkan kelulusan -kelulusan dari pihak yang berwajib. Mencari arkitek bertauliah untuk menyediakan pelan bangunan dan mohon kelulusan pelan dari pihak yang berkenaan. Bagi Fasa 2: Kami bercadang memohon sumbangan jariah dari yang sudi menderma untuk dana pembinaan dengan mengusahakan pelbagai cara seperti: i: Majlis Makan Malam Amal untuk melancarkan Dana Amal Jariah bagi Kompleks Kebajikan Ar- Rahmah Wal Barokah. ii: Membuka lot saham wakaf dengan harga RM150 bagi satu Lot bersamaan dengan satu kaki persegi. Bagi Fasa 3: Kami bercadang untuk membina Kompleks Kebajikan ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini: Peringkat pertama dimulakan dengan membina surau dahulu, selain untuk beribadah ia akan turut menjadi tempat berkumpul apabila menerima tetamu yang membuat lawatan memandangkan selama ini ruang ada agak terhad dan sebahagian para tetamu terpaksa berdiri di bahagian luar surau sementara yang ada sekarang. Sebaik selesai kompleks asrama pula akan dibina bersebelahan dengan surau sekiranya dana yang dikumpul sudah mencukupi. ANGGARAN KOS PEMBINAAN Anggaran ini termasuk kos bangunan kompleks keseluruhan mengambil kira kos bahan binaan berkualiti yang tidak menentu harganya termasuk alat-peralatan kelas-kelas pembelajaran, perpustakaan, bilik jenazah, dewan serbaguna dan dewan makan, bilik dapur, bilik asrama, tandas dan bilik mandi serta kemudahan untuk orang kurang upaya, lanskap, sistem mencegah kebakaran, sistem CCTV serta mencegah kecurian, sistem mencegah panahan petir. 1. Bangunan Utama Surau dengan keluasan bangunan 50x 30 kaki persegi manakala dewan solatnya berkeluasan 45x 25 kaki persegi. Setelah diambil kira lain-lain kos termasuk pendawaian, dan sistem air, longkang dan penurapan kawasan persekitaran surau dengan tar, serta peralatan system bunyi di mana keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM195,000.00 2. Kemudahan Bilik Darjah, Dewan serbaguna, Bilik guru, Asrama / Dorm, Dewan Makan, Dapur, bilik rawatan, Stor, Bengkel ibu tunggal serta Peralatan / Perabot dan lain-lain anggarannya sebanyak RM 387, 500.00. Oleh kerana itu jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 582,500. Di sinilah lokasi yang dicadangkan untuk membangunkan Kompleks Kebajikan dan Pendidikan yang dinamakan Kompleks Ar Rahmah Wal-Barokah. Tapak ini berkeluasan 16,000 kaki persegi telah dibeli dengan nilai RM130,000.  LOKASI  LAKARAN CADANGAN REKABENTUK SURAU  Cadangan rekabentuk surau dengan keluasan 50x 35 dengan ruang solat 40 x 25 kaki persegi.
 Cadangan rekabentuk asrama yang mengandungi dewan serbaguna, dewan makan,dapur ,bilik darjah, perpustakaan, bilik guru dan bilik rawatan.
 Klik di sini untuk memuatturun borang penajaan pembinaan Kompleks Kebajikan & Pendidikan Al-Rahmah Wal Barokah |