You are here : Home Kelab Anak Yatim SeMalaysia Kelab Anak Yatim SeMalaysia

Kelab Anak Yatim SeMalaysia

Mukadimah

Setiap hari setiap saat ada sahaja krmatian yang berlaku di mana-mana. Pastinya apabila berlakunya kematian bermakna akan bertambahlah bilangan anak-anak yatim. Setakat ini terpapar di dada akhbar dan media massa akan keperitan dan penderitaan anak-anak yatim yang ditinggalkan oleh ibu atau ayahnya buat selama-lamanya.

Anggaran kasar sahaja menunjukkan bilangan anak-anak yatim diseluruh Malaysia sudah menghampiri 500,000 orang. Sedangkan yang tinggal dirumah-rumah kebajikan bilangannya tidak sampai pun 10,000 orang. Ini bererti yang selebihnya itu terpaksa terpaksa meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang berbagai-bagai. Entah sekolah, entahkan tidak, begitu juga makan dan minum siapalah yang menjaganya.

Nasib mereka ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan anak-anak yatim yang tinggal di asrama. Jika di asrama mereka lebih mempunyai peluang untuk diraikan orang, makan pakainya terjaga, berpeluang melancong, makan dihotel-hotel, dijemput ke majlis-majlis, dapat pula pelbagai hadiah dan sebagainya.

Oleh kerana itulah perlunya ada sebuah pertubuhan yang memantau dan merekodkan secara terperinci dara-data mereka. Dengan ini mereka akan berpeluang untuk desenaraikan sebagai peserta di dalam program-program amal serta berpeluang untuk mendapat salauran bantuan agar mereka tidak terumbang-ambing dan terpinggir.

Jesteru itulah kami cetuskan : Kelab  Anak Yatim SeMalaysia

Sasaran:

Anak-anak yatim atau yatim piatu dari seluruh Malaysia yang tidak tinggal di mana-mana rumah kebajikan. Perlukan bantuan samada untuk pendidikan, keperluan kehidupan, kesihatan . Tidak mendapat bantuan yang mencukupi dari mana-mana pihak.

Matlamat:

Mengumpulkan data terperinci untuk mengenal pasti keberadaan mereka, mengetahui masalah yang mereka hadapi, dan mencari jalan penyelesaiannya agar mudah bagi RALK menyalurkan maklumat kepada para penyumbang yang ingin pergi sendiri ke rumah-rumah mereka atau menghulurkan  terus sumbangan  serta bantuan kepada mereka tanpa kerenah birokrasi yang menyulitkan.


Fokus:

  • MEMBINA JATIDIRI dan memiliki peribadi contoh serta akhlak yang mulia serta menjadi jariah  abadi untuk arwah ibu atau ayah yang telah tiada yang merindui doa anak yang bertaqwa. Iman dan hubungan yang kuat dengan Tuhan akan menjadikan mereka tabah dan redha menghadapi ujian di dalam kehidupan dan menjadi bentng diri dari terjebak dengan gejala negative yang merosakkan asset bangsa ini.

 

  • TEMPAT TINGGAL samada tinggal di asrama atau mencari penyumbang  untuk membantu sekiranya penempatan mereka terlalu dhaif.

 

  • MAKAN MINUM- sekiranya keluarga terlalu miskin dan sering bermasalah untuk makan dan minum, mereka akan dirujuk kepada rumah Anak Yatim yang berdekatan yang bekerjasama dengan kelab untuk menyalurkan bantuan makanan asas. Selain itu pihak Baitulmal atau pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat akan cuba di hubungi untuk mendapatkan bantuan bagi pihak anak-yatim ini dan keluarganya.

 

  •  PERUBATAN - bagi mereka yang menghidapi penyakit-penyakit kronik kelab akan membantu mendapatkan peyumbang untuk menampung kos rawatan, pembedahan dan rawatan susulan.

 

  • PROGRAM REKREASI ATAU PERCUTIAN- pada setiap musim cuti sekolah kelab akan berusaha mengajurkan percutian seperti XPDC motivasi, Melawat ke tempat-tempat bersejarah, Pusat Rekreasi dan lain-lain dengan tajaan dari pelbagai pihak yang perihatin.

 

  • MENDAPATKAN LATIHAN KEMAHIRAN- kursus atau seminar keusahawanan bagi yang kurang cemerlang di dalam akademik atau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran yang amat berguna untuk membolehkan seseorang itu berdikari dan membina kerjaya sendiri.

 

  • PELUANG PEKERJAAN - menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang pernah menaja aktiviti kelab dan RALK dan juga syarikat-syarikat lain yang mempunyai kekosongan jawatan.

 

  • KELUARGA ANGKAT- yang sudi mengambil tanggungjawab untuk membela dan memberi kasih sayang  tambahan yang sangat diperlukan oleh mereka serta menaja perbelanjaan / kos pendidikan anak yatim yang menyertai kelab ini.

 

  • MENUKAR PERSEPSI MASYARAKAT- supaya tidak memandang rendah sebaliknya melihat anak-anak yatim  sebagai satu aset penting yang akan turut menyumbang di dalam pembangunan dan layak untuk turut menjadi pewaris kepimpinan Negara di masa depan. Memberi motivasi ke arah menghapuskan sikap rasa rendah diri di kalangan mereka kepada satu semangat jatidiri dan berdaya saing di dalam mencapai matlamat dan cita-cita mereka.

 

  • MENDIDIK DAN MENANAMKAN SEMANGAT UNTUK TURUT MENJADI PEMBELA dan suka membantu serta peka dengan kesusahan orang lain lalu berusaha untuk menghulurkan apa saja bantuan yang termampu- Kelab akan menganjurkan aktiviti amal seperti gotong royang, lawatan ke rumah-rumah ahli kelab yang memerlukan bantuan, atau ke rumah golongan fakir miskin dengan membawa barang-barang sumbangan dari kelab.

Syarat-Syarat Untuk Menjadi Ahli Kelab:

  • Anak yatim atau yatim piatu ( dengan mengemukakan salinan sijil kematian)
  • Berumur bawah 18 tahun dan belum berkahwin
  • Berkemampuan, Sederhana atau Fakir miskin
  • Beragama Islam
  • Tiada rekod jenayah
  • Tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral
  • Berminat di dalam pelajaran

 


POLL
 
sudikah anda menjadi sukarelawan ralk?
  Tidak   Ya

View Results
GUESTBOOK
 
rozisni bt jalani

saya bercadang untuk mengambil anak angkat tak kisah lah lelaki mahu pun perempuan. Dan saya juga berminat untuk menjadi sukarelawan.

Sign / View


NEWSLETTER
 
Subscribe newsletter to this section
Name :
Email :
Register     Remove Myself
Copyright 2007 Rumah Amal Limpahan Kasih
VirtualMalaysia.Com Sdn. Bhd.