Pusat Kebajikan Untuk Anak Yatim, Anak Fakir Miskin, Ibu Tunggal Dan Golongan Yang Layak Menerima Zakat
PENGUMUMAN
Dengan ini dimaklumkan bahawa Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah pertubuhan yang berdaftar di bawah ROS, No Pendaftaran (1956-10-SEL) atas nama Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Anak Yatim Asnaf Limpahan Kasih Selangor (Limpahan Kasih).
RALK tidak ada kena mengena dengan kumpulan GISB/Rufaqa atau apa-apa badan yang diharamkan oleh kerajaan. Kami adalah berkecuali dan beroperasi sepenuhnya atas nama dan matlamt yang jelas di dalam bidang kebajikan berlandaskan undang-undang negara Malaysia.
Rumah Amal Limpahan Kasih menentang keras golongan yang memperalatkan dan menjaja nama anak yatim untuk kepentingan diri sendiri atau golongan tertentu, sama ada dalam bentuk jualan barangan merata-rata dan seumpamanya.
Muliakan anak yatim dengan ilmu yang bermanfaat dan amal taqwa.
PRAKATA
Di saat manusia berlumba-lumba menikmati kejayaan, kekayaan dan kemewahan di dalam kehidupan, tidak dapat dinafikan juga masih terlalu ramai di kalangan masyarakat kita yang jauh ketinggalan dan tidak direzekikan untuk berjaya mengubah taraf kehidupan mereka walaupun berbagai usaha telah dijalankan. Selain daripada itu ada juga yang ditakdirkan kehilangan ibu dan ayah untuk bermanja di waktu usia masih kecil lagi. Saban hari kita dipaparkan dengan pelbagai kisah keperitan dan penderitaan insan-insan yang malang ini. seterusnya..
AKTIVITI TERKINI
Nursery Bunga
Datanglah ke Nursery Limpahan Kasih, terdapat pelbagai koleksi bunga-bungaan dan pokok-pokok yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Belian anda alah untuk menjana kewangan bagi menampung keperluan warga RALK.Sambil membeli kita beramal. seterusnya
Aktiviti Anak-anak RALK
Setiap hari khamis, malam jumaat dan kadang-kadang beberapa kali dalam seminggu ada majlis tahlil arwah di surau RALK, semua anak-anak, termasuk dari asrama puteri berkumpul, selain tahlil, bacaan Yassin dibacakan untuk disedeqahkan pada arwah ibu atau ayah dan nama-nama yang diberikan oleh mereka yang berhajat membuat kenduri tahlil arwah untuk kelauarga masing-masing, selain tu warga RALK tak lupa mendoakan kepada para penyumbang yang telah banyak mambantu RALK. seterusnya..
Kebun Pertanian
Kelihatan batas-batas yang dibina secara bergotong-royong oleh para sukarelawan dan para penghuni RALK. Di antara tanaman yang diusahakan ialah terung, cili api, cili merah, serai, limau kasturi, limau purut, tembikai susu dan sayur-sayuran seperti sawi dan kacang.seterusnya
ALAMAT
Ibu Pejabat & AsramaPutera Lot 115A, Lorong Bistari 3 Kg Sri Aman, Batu 13 47100 Puchong, Selangor Tel : 03-80618050 Fax : 03-80607514 Asrama Puteri: No 49, Jalan BP 11/3 Bandar Bukit Puchong 2 47100 Puchong,Selangor. Tel: 03-80601770 Fax: 80684640
as'kum sy telah berkahwin slama 5thn dan masih blum dikurniakn zuriat dan pelbagai cara telah kami usahakn, sy dan suami ingin memohon seorang anak angkat yg berusia setahun kebawah jika diizinkan, apakah kelayakan yg diperlukan utk kami memohon mengambil anak angkat? hubungi sy di talian 0173240577