Pusat Kebajikan Untuk Anak Yatim, Anak Fakir Miskin, Ibu Tunggal Dan Golongan Yang Layak Menerima Zakat
PRAKATA
Di saat manusia berlumba-lumba menikmati kejayaan, kekayaan dan kemewahan di dalam kehidupan, tidak dapat dinafikan juga masih terlalu ramai di kalangan masyarakat kita yang jauh ketinggalan dan tidak direzekikan untuk berjaya mengubah taraf kehidupan mereka walaupun berbagai usaha telah dijalankan. Selain daripada itu ada juga yang ditakdirkan kehilangan ibu dan ayah untuk bermanja di waktu usia masih kecil lagi. Saban hari kita dipaparkan dengan pelbagai kisah keperitan dan penderitaan insan-insan yang malang ini. . seterusnya..
AKTIVITI TERKINI
Nursery Bunga
Datanglah ke Nursery Limpahan Kasih, terdapat pelbagai koleksi bunga-bungaan dan pokok-pokok yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Belian anda alah untuk menjana kewangan bagi menampung keperluan warga RALK.Sambil membeli kita beramal. seterusnya
Aktiviti Anak-anak RALK
Setiap hari khamis, malam jumaat dan kadang-kadang beberapa kali dalam seminggu ada majlis tahlil arwah di surau RALK, semua anak-anak, termasuk dari asrama puteri berkumpul, selain tahlil, bacaan Yassin dibacakan untuk disedeqahkan pada arwah ibu atau ayah dan nama-nama yang diberikan oleh mereka yang berhajat membuat kenduri tahlil arwah untuk kelauarga masing-masing, selain tu warga RALK tak lupa mendoakan kepada para penyumbang yang telah banyak mambantu RALK. seterusnya..
Kebun Pertanian
Kelihatan batas-batas yang dibina secara bergotong-royong oleh para sukarelawan dan para penghuni RALK. Di antara tanaman yang diusahakan ialah terung, cili api, cili merah, serai, limau kasturi, limau purut, tembikai susu dan sayur-sayuran seperti sawi dan kacang.seterusnya
ALAMAT:
Ibu Pejabat & AsramaPutera Lot 115A, Lorong Bistari 3 Kg Sri Aman, Batu 13 47100 Puchong, Selangor Tel : 03-80618050 Fax : 03-80607514 Asrama Puteri: No 49, Jalan BP 11/3 Bandar Bukit Puchong 2 47100 Puchong,Selangor. Tel: 03-80601770 Fax: 80684640
Baitul Hidayah: S 444, Lorong 9, Kampung Sri Puchong 47100 Puchong, Selangor. Sebarang pertanyaan, hubungi: Pn Rabaah 019-2227339 atau En Zawawi 016-3627913
Penyumbang yang inginkan resit pengecualian cukai sila maklumkan sumbangan anda dengan menghubungi kami melalui talian di atas.
no rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.5621 no warta kerajaan 14369 bertarikh 27 07 2004.
RALK , dilantik sebagai ejen saham wakaf selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor dan dibenarkan menandatangani resit MAIS no rujukan SURAT PERLANTIKAN : (02) MAIS/KP/BBM 01/020/069 .